Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020
Imej
 KATA GANDA  Cikgu,  Apa itu kata ganda ? Ada berapa jenis kata ganda ? Bila kita patut guna kata ganda ini ? Baik sebelum itu, mari kita ketahui maksud sebenar kata ganda terlebih dahulu.  KATA GANDA merupakan satu proses pengulangan perkataan dan terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian sahaja atau seluruhnya.   Kata ganda ini terdiri daripada 5 jenis, mari kita lihat satu persatu jenis yang ada : Manakala kata gandaan pula mempunyai 4 jenis pula iaitu : Sekarang, kita sudah mengenali jenis-jenis bagi  kata ganda dan juga  kata gandaan . Seterusnya, kita akan mengenali kata ganda dengan lebih mendalam pula.  GANDAAN SELURUH KATA Gandaan seluruh kata berlaku pada seluruh sesuatu perkataan tanpa adanya perubahan. Dalam erti kata lain, kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya dan terdapat tanda sempang (-) di tengah-tengah . Kata ganda seluruh adalah merujuk kepada kata nama, kata adjektif, kata kerj...