KATA GANDA 


Cikgu, 

Apa itu kata ganda ?

Ada berapa jenis kata ganda ?

Bila kita patut guna kata ganda ini ?


Baik sebelum itu, mari kita ketahui maksud sebenar kata ganda terlebih dahulu.  KATA GANDA merupakan satu proses pengulangan perkataan dan terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian sahaja atau seluruhnya.  

Kata ganda ini terdiri daripada 5 jenis, mari kita lihat satu persatu jenis yang ada :





Manakala kata gandaan pula mempunyai 4 jenis pula iaitu :







Sekarang, kita sudah mengenali jenis-jenis bagi kata ganda dan juga kata gandaan. Seterusnya, kita akan mengenali kata ganda dengan lebih mendalam pula. 


GANDAAN SELURUH KATA

Gandaan seluruh kata berlaku pada seluruh sesuatu perkataan tanpa adanya perubahan. Dalam erti kata lain, kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya dan terdapat tanda sempang (-) di tengah-tengah . Kata ganda seluruh adalah merujuk kepada kata nama, kata adjektif, kata kerja serta kata keterangan. 

Contoh kata ganda seluruh :
  • besar-besar
  • budak-budak
  • awal-awal
  • cepat-cepat
  • kereta-kereta




Baik sekarang kita sudah boleh faham sedikit berkenaan dengan gandaan seluruh, seterusnya mari kita lihat apa itu kata ganda semu pula.


KATA GANDA SEMU

Apa itu kata ganda semu ? Ianya sebenarnya sama sahaja dengan maksud kata ganda seluruh kata iaitu kata yang digandakan seluruhnya dan mempunyai tanda sempang. Tetapi, kata ganda semu ini mempunyai maknanya yang khusus dan tidak boleh dipisahkan. Contohnya adalah :



KATA GANDA SEPARA

Seterusnya, kata ganda separa ini merupakan kata yang digandakan daripada sebahagian kata sahaja. Terdapat tiga fungsi kata ganda separa iaitu untuk menyatakan makna benda itu banyak, tunggal dan menyerupai sesuatu. Sebagai contoh yang boleh kita lihat adalah seperti berikut :



Setakat ini, kita sudah boleh membezakan banyak jenis kata ganda iaitu kata ganda seluruh, kata ganda semu dan juga kata ganda separa. Jadi, kita akan teruskan ke jenis kata ganda yang seterusnya iaitu kata ganda berirama /bersajak.


KATA GANDA BERSAJAK/BERIMA

Kata ganda ini merujuk kepada kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) sama ada di pangkal, di hujung mahupun seluruhnya apabila digandakan.  Namun, kata ganda berima lebih kepada menambahkan perkataan yang lain bunyinya selepas perkataan asal. Ia menyebabkan berlakunya perubahan ejaan dan bunyi daripada perkataan asalnya. Sebagai contoh lauk-pauk, saudara-mara, kacau-bilau, semak-samun, gelap-gelita, tunggang-langgang dan batu-bata. Berikut adalah antara contohnya.





Akhir sekali, jenis kata ganda yang lain adalah kata ganda menyalin.


KATA GANDA MENYALING

Jika dilihat berdasarkan namanya, sudah tentu kita dapat takrifkan dengan sendiri apa itu kata ganda menyaling.  Ia merupakan perkataan kata ganda yang mengekalkan kata dasar perkataan itu tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. Untuk lebih jelas lagi berkaitan kata ganda menyalin ini, mungkin lebih mudah dengan adanya beberapa contoh.




Baiklah, itu sahaja yang kita pelajari dalam tajuk Kata Ganda ini, diharapnya para pelajar atau murid-murid mudah untuk mengenali serta membezakan jenis-jenis yang terdapat dalam kata ganda. Untuk lebih menyeronokkan, murid-murid boleh membuat sedikit latihan yang ada berkenaan dengan tajuk pada hari ini supaya murid-murid senang untuk mengingat dan mencipta ayat berdasarkan beberapa jenis kata ganda yang ada. Selamat mencuba !💓











Ulasan